Saturday, November 22, 2008

Pendidikan Seni vs Sains

Dewasa ini pengajaran seni disekolah-sekolah Malaysia mulai terancam terutama disekolah rendah. Sekolah menengah pula warga pendidiknya mulai merasai kepentingan pelajarnya untuk menempatkan diri mereka kedalam aliran sains. Maka timbul pula persepsi bahawa jika anak-anak boleh dimasukkan kedalam aliran sains mempunyai IQ yang lebih baik daripada mereka yang terperesok keadalam aliran seni.

Saya tidak pula mengatakan aliran mana yang menarik dan lebih baik. Bagi saya kedua-dua aliran adalah sama dan tidak boleh dipisahkan. Contoh yang paling dekat ialah jika kita lihat seorang doktor mengubati pesakitnya, selain sains dan teknologi yang beliau miliki, beliau perlu juga mempunyai kemahiran seni yang paling asas iaitu komunikasi digunapakai semasa berhadapan dengan pesakitnya. Dalam bidang plastik surgeri kemahiran melukis dan mengaplikasi kemahiran seni juga diperlukan oleh seorang doktor.

Begitu juga seorang jurutera dan sebagainya. Berbalik kepada penggiat seni, ilmu sains juga perlu dalam manganalisis campuran warna, pengukuran dan penciptaan media seni lain seperti binaan, pengukiran dan sebagainya. Contoh kedua yang paling dekat ialah pembinaan sebuah kapalterbang. Selain keperluan sains dan teknologi, kapalterbang perlu sentuhan ahli seni untuk membolehkannya nampak ngah cantik dan boleh diterbanhgkan. Ini termasuk rekabentuk badan, kelengkapan dalamannya dan keselesaannya.

Dari segi disiplin manusia, pengajaran seni tidak akan lengkap tanpa mengambil kira 6 aspek utama disiplin pembelajarannya.

1. Aspek Kognitif - Perkembangan mental
2. Aspek Fizikal - latihan otot,tangan,mata dan pergerakan
3. Aspek Kreativiti - mencungkil bakat seni dan sain yang ada pada pelajar
5. Aspek Persepsi - rasa ingin tahu tentang sesuatu kejadian
6. Aspek Sosial dan Emosi -berinteraksi, bekerjasama, toloren dan menghormati diri sendiri dan orang lain.

Fikirkanlah jika benar-benar seseorang insan itu telah mempelajari seni perkara seperti rempit, bohjan, bohsia dsb disamping didikan agama yang betul mungkin boleh dikurangkan.

Leonardo da Vinci adalah contoh ahli seni yang baik serta ahli sains yang futuristik.

Jadi kepada ibu-bapa yang segan dengan anak yang masuk sekolah seni, fikirlah seni pun punyai tempat yang sama tinggi dengan sains.

Terima kasih.

A.H Hashim

Make Your Phone Powerful!