Friday, November 6, 2009

KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

TOPIK 1.KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEFINISI SENI VISUAL
* Menjurus kepada seni tampak & tidak merujuk kepada seni lain spt. Seni muzik seni tari,seni sastera,& seni mempertahankan diri.

Pendidikan Seni Sekolah Rendah merangkumi 4 bidang:-
- Menggambar
- Membuat Rekaan & corak
- Membentuk & membuat binaan
- Kraf tradisonal



MATLAMAT
- Untuk membentuk keperibadian generasi M’sia yg celik budaya,punyai nilai-nilai estetik yg tinggi,imaginative,kritis,kreatif,inovatif & inventif .

OBJEKTIF PSV:- M/M dapat
1. menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan tuhan
2. memupuk budaya penyelidikan dlm proses penghasilan karya seni visual
3. meningkatkan pengetahuan,daya kreatif,inovasi,displin serta kemahiran dalam
bidang seni visual yg dpt diamalkan dlm kehidupan & kerjaya.
4. mengguna pelbagai kemahiran,media, teknik & teknologi utk mereka cipta
barangan kraft & produk seni visual yg berkualiti
5. membuat diskripsi,analisis,interprasi & penilaian terhadap karya seni visual.
6. menunjukkan nilai tambah dlm displin sains,teknologi & m/pel. Lain
7. menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan & pengaruh tokoh-tokoh seni
visual dlm konteks perkembangan sejarah seni visual di M’sia & antarabangsa.
8. menjadikan bidang seni visual sbg. Prospek kerjaya
9. menunjukkan kesedaran dlm persekitaran & kaitan dgn kesedaran hidup
10 menunjukkan semangat bina jati diri kea rah pembentukan Negara bangsa.


Maklumat lanjut Assignment ini sila email saya at
admin@inaionline.ws


Bayaran Pos RM5.00 diperlukan. TQ

Pengukuran dan Penilaian

1. Pengenalan
Guru memainkan peranan yang penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian dan membuat tindakan susulan. Melalui penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam kerja kursus ini, perkara yang akan dibentangkan ialah langkah-langkah dan tertib dalam mentadbir ujian dan menentukan item yang telah diuji samada ianya boleh diterima berdasarkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
Dalam menentukan kejayaan kajian ini, saya telah menguji seramai 25 orang murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Selidap, Meradong sebagai landasan dan objek bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahan instrumen yang telah dibina. sebelum saya meneruskan dengan kajian mengenai items berdasarkan pencapaian pelajar, terlebih dahulu saya ingin menghuraikan konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian.

2. Konsep Penilaian

Penilaian merupakan proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Melalui penilaian kita boleh membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira di kalangan pelajar tercapai atau tidak. Stufflebeam et al. (1971:xxv) telah menyatakan bahawa penilaian adalah proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan
alternatif-alternatif keputusan.1
Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sesuatu objektif yang telah ditetapkan tercapai. Melalui penilaian, guru juga boleh membuat keputusan yang tepat berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penilaian juga merupakan proses pembelajaran yang penting sekiranya ianya menggalakkan murid memperbaiki pencapaiannya. Penilaian dalam bilik darjah bleh dibuat dalam bentuk kualititatif, kuantitatif atau kedua-duanya sekali. Melalui data kuantitatif penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred ( A, B, C, D atau E ), begitu juga dengan data kualitatif ianya juga boleh diberikan dengan bentuk kualitatif. Data kualitatif boleh diperolehi daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tngkahlaku seseorang pelajar atau individu. Penilaian di sekolah boleh dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu persediaan ujian, pentadbiran ujian, pemeriksaan jawapan ujian, menganalisis ukuran dan interpretasi atau membuat tindakan susulan. Proses tersebut ditunjukkan seperti dalam Rajah 1.