Saturday, December 27, 2008

Kirk Bjorndahl (1989), “……….When you were a child, you had fun drawing because you were able to put marks on a piece of paper that represented something to you. Or, to a very young infant, drawing doesn't represent anything at all. As an infant, you were fascinated with the fact that this long stick in your hand makes marks on this paper. As a young child it was all in the interpretation of the drawing. It didn't matter that what you drew didn't really look like what you were seeing, all that mattered was the act of representing a favorite object or person that you saw”

Penyataan mereka “learn to draw basics yang asli oleh Kirk Bjorndahl boleh didapati di;
. http://www.learn-to-draw.com/drawing-basics/

Dalam aspek mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar. guru seharusnya merangka aktiviti yang tepat yang ada kaitan dengan perkembangan potensi berdasarkan kemahiran yang telah dikuasai. Selalunya potensi berkait rapat dengan apa yang diminati oleh seseorang individu atau dengan kata lain bakat semulajadi. Oleh kerana minat itu lah maka potensi itu mudah diperkembangkan.Apakah kita pernah bertanya kepada diri sendiri berkenaan dengan kekurangan diri dan menggagumi kelebihan yang dimiliki oleh rakan kita yang kita tidak ada. Contohnya mengapa kita tidak boleh melukis atau kenapa kita sangat suka Mathematik dan rakan kita tak minat Sejarah? Ini berlaku kerana kita sendiri adalah dalam keadaan “visual” atau “ kreatif” yang terhasil daripada mode fikiran dalaman kita sendiri atau dengan kata lainnya potensi diri. Pengetahuan sedia ada seseorang pelajar perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum ianya dapat diperkembangkan. Permerhatian yang kritis dan jitu oleh seorang guru Pendidikan Seni Visual dalam perkara ini memberi impak yang besar terhadap potensi seseorang pelajar. Pelajar yang kreatif dan berpotensi selalunya memilih untuk melakukan sesuatu keria itu dalam bentuk yang berbeza sebagai satu kepuasan dan melakukannya tanpa dipaksa.

Aspek permahatian oleh seorang guru Pendiikan Seni juga perlu merangkumi keupayaan pelajar mengenalpasti dan membezakan benda nyata dan konkrit dengan imaginatif lantas boleh menggabungkannya dalam cetusan idea dan di terjemahkan dalam keria.Selain daripada itu, pemerhatian terhadap minat dan kecederungan dan latarbelakang pelajar boleh juga membantu mengenalpast bakat dan potensi pelajar.Contohnya, keluarga yang mengusahakan industri batik akan memberi pengalaman kepada pelajar mewarisi bakat tersebut walaupun sedikit. Begitu juga dengan aspek bunyian, pergerakkan dan aksi. Bakat yang tertanam dalam diri pelajar perlu di kenalpasti dan diperkembangkan.Selalunya didalam sesebuah bilik darjah akan terdapat pelajar yang amat minat dengan muzik dan selalunya suka menyanyi dan menari.Ini adalah potensi yang perlu diperhatikan dan kemudian diperkembangkan mengikut kreativiti dan kebolehan guru itu sendiri.

Setelah guru mengenalpasi bakat dan potensi pelajar, memperkembangkannya pula bukannya menjadi satu tugas bagi seorang guru Seni Visual sahaja, guru lain juga perlu dilibatkan sama.Contohnya sekiranya terdapat pelajar yang mempunyai kecenderungan, potensi dan bakat dalam matapelajaran Matematik, guru Matematik perlu di beritahu tentang potensi itu. Guru Matematik pula haruslah bersedia dan merangka aktiviti yang berpatutan untuk meneruskan kecenderungan tersebut lantas memberi peluang kepada pelajar tersebut memperkembangkannya.


2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Dalam aspek ini, penerokaan dan penghasilan dijadikan landasan untuk mengenalpasti bakat dan potensi seseorang pelajar.Biasanya aktiviti penerokaan dilaksanakan sebelum menjalankan aktiviti penghasilan sesuatu keria seni.Dengan mejalankan prosidur ini, bukan sahaja hasil yang perlu di ambil kira tetapi keupayaan pelajar menyesuaikan kreativiti terhadap kehendak soalan dan mengunakan pelbagai kecerdasan yang dia miliki. Disini ciri-ciri tipikal yang berhubungkait dengan kreativiti seseorang pelajar boleh dikenalpasti.Selalunya seseorang pelajar yang punyai potensi dan bakat semulajadi serta punyai daya kritis dan kreatif akan mengabungkan kemahirannya untuk menghasilkan sesuatu keria seni dengan mengolah alat dan bahan yang sedia ada tanpa ragu-ragu untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Penghasilan sesuatu yang baru atau berbeza dari yang biasa itulah kreativiti.

Perlakuan yang mereka miliki pula akan sentiasa berkembang tanpa paksaan namun guru harus mempastikan perkembangan ini kearah yang membina.
Teras aktiviti yang boleh dilakukan melalui penerokaan untuk mengenalpasti potensi pelajar adalah seperti berikut;


• cuba mencuba, suaikenal dengan bahan
• ujikaji, menguji dan penemuan
• mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
• mudah dan terbuka tanpa jawapan tetap
• melibatkan pelbagai kecerdasan
• penggunaan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik (carta minda)


Dengan kaedah ini bukan sahaja dapat memperkayakan bakat sedia ada pelajar bahkan boleh memperkukuhkan kemahiran serta memperkembangkan potensi pelajar dalam pelbagai disiplin kehidupan.

The logical mind vs. the artistic

TQ

No comments: